Sekarang masa FMS sememangnya sangat ketat dengan jadual kerja, belajar and the latest i make part time job as a Unit Trust Consultant...alhamdulillah walau masa agak padat dengan aktiviti, tapi diri tetap bersemangat setiap hari dengan adanya MOTIVASI...
Apa pentingnya MOTIVASI dalam kehidupan....Hidup tanpa MOTIVASI umpama memasak tanpa bahan perasa seperti garam, asam dan sebagainya...Hidup tanpa MOTIVASI sebenarnya adalah sangat merugikan kerana kita tidak merasai apa erti sebenar kebahagiaan, keseronokan dan potensi yang kita ada yang kita boleh gunakan untuk membantu kita menjadikan kehidupan kita LEBIH BAHAGIA DAN LEBIH SERONOK..
MOTIVASI adalah sangat bagus kerana ianya mengajar kita bagaimana cara kita untuk mengawal pemikiran, percakapan, perbuatan, perasaan dan sebagainya..ia mampu mewujudkan sikap positif dalam seseorang individu yang sentiasa memotivasikan diri mereka setiap masa. Setiap masa itu tidak akan rasa rendah diri sekali pun, tiada kurang keyakinan sekali pun, dan akan sentiasa bersemangat untuk terus maju dan maju dan terussss maju ke hadapan.
Setiap orang perlu ada MOTIVASI diri kerana tanpa motivasi diri, kita tidak akan ada kemajuan dalam kehidupan..hidup umpama angan-angan Mat Jenin ( rupa pun dah macam Mat Jenin gak kot...hehe)..dengan adanya motivasi diri sebenarnya mampu membentuk satu sifat dimana kita akan sentiasa bersyukur akan nikmat ALLAH S.W.T dan kita akan lihat akan kebesarannya serta kita akan sentiasa menghargai apa yang kita perolehi..Orang berjaya hari ini adalah atas kegagalan mereka berpuluh malahan ada beribu kali tapi mereka berjaya hari ini kerana berjaya MEMOTIVASIKAN DIRI MEREKA serta meyakini bahawa mereka akan berjaya pada masa akan datang....
Kesilapan kita, GAGAL SEKALI THEN TERUS MENGAKU KALAH...ALLAH S.W.T itu Maha Adil dimana setiap manusia telah dijanjikan harta yang sama rata...walau bagaimana pun, ALLAH mengiinginkan umatnya supaya berusaha mendapatkan harta tersebut...bagi yang BERMOTIVASI tinggi,mereka sentiasa yakin dan berusaha mendapatkan ganjaran yang dijanjikan tersebut tetapi bagi yang KURANG BERMOTIVASI, kehidupan mereka hanya setakat kegagalan yang pertama sahaja dan kemudian mengaku kalah.
Bagaimana untuk mendapatkan MOTIVASI ?? .. MOTIVASI sebenarnya boleh didapati jika seseorang itu ingin mengubah kehidupan..bermula dengan niat, kemudian tindakan dan melaksanakanya...banyakkan membaca buku-buku berkaitan MOTIVASI dan sentiasa menanam dalam MINDA bahawa " Aku lah yang TERBAIK dan esok akan menjadi lebih baik " ... Dalam memotivasikan diri, kita perlu memekakkan telinga dari mendengar perkara-perkara yang negatif dan menjaga percakapan kita dari bercakap perkara-perkara yang negatif...Sentiasa bersangaka baik dengan orang, bersyukur, yakin dengan rezeki ALLAH , dan sentiasa ringan tangan untuk bersedekah jika kita telah mampu untuk melaksanakanya...Jadi, MOTOVASIKANLAH diri anda semoga kita akan menjadi seorang yang berjaya dunia dan akhirat...

0 comments:
Post a Comment