Be My Followwwwwwerrssss

10 August 2010

SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENUNAiKAN iBADAH


1 Ramadhan kembali lagi dan kita sebagai umatnya di wajibkan untuk berpuasa selama sebulan...gunalah kesempatan yang ada untuk beribadah kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang dibuka semua pintu syurga dan ditutup pintu neraka, semua ibadah biarpun kecil akan diterima dan diberi gandaan pahala...banyakkan beristigfar dan banyakkan lah bersedekah serta saling bermaafan sesama insan di bulan yang penuh keberkatan ini, semoga ibadah kita diterima hendaknya insyaALLAH...

Niat berpuasa sebulan :

نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ


Nawaitu, sauma sahri ramadhan kullihi, lillah hi taala
maksudnya :
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala” 


Lafaz niat puasa harian :


نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
Nawaitu, saumaradin, an ad i' fardi' sahri ramadhan, ha zihis sanati, lillah hi taala
maksudnya :
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala”



DOA BERBUKA PUASA
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin
Maksudnya:
 “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

Untuk panduan bersama....insyaALLAH



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...