Menemuinya, umpama satu kehebatan yang tak dapat di rungkaikan
Mengukir senyuman yang mendamaikan
Mengharmonikan dan menenangkan
Tatkala berjauhan, seolah-olah terlalu banyak perkara yang hendak di ceritakan
Yang hendak dikongsikan, dikhabarkan
Sehingga kadangkala telah di susun dengan rapi agar setiap perkara dapat di ceritakan
Tapi, kenapa tatkala bersua...Lidah menjadi kelu, diri diam membisu
Seolah cerita yang disusun itu tidak wujud
Tidak hadir walau sedikit pun
Tatkala bersua, melihatnya sahaja sudah mencukupi
Mengukir senyum, menafsirkan mimpi indah
Memohon agar di beri kebahagian kepadanya
Kerana ku tahu, hadirnya bukan untukku
Walau ku harapkan agar hadirnya mampu memberikan kekuatan
Memberikan tongkat harapan
Menyokong kepada semangat yang umpama lalang
Yang kadangkala tumbang di tiup angin
Adakah aku terlalu memberikan harapan
Mengapa...mengapa bila berjauhan walau hanya sedikit jarak memisahkan
Diri tidak bisa untuk melupakan
Sepatutnya aku harus menjauhkan
Kerana aku hanya mampu merosakkan
Merosakkan sesuatu perhubungan
Yang telah terjalin ikal
Yang telah di bina bertahun lamanya
Mungkin inilah takdirnya
Tuhan mentafsirkan doa yang dipanjatkan
Agar di hadirkan seseorang yang mampu mengubati kesunyian
Menemani kala berjalan
Bertukar-tukar senyuman
Mungkin kala berjauhan, cerita yang di susun hanya menjadi mainan
Dan tatkala bersua, seolah tiada apa yang ingin di ceritakan
kerana kala bersua itulah
Lidah menjadi kelu
Diri diam membisu
Biarlah
Apa pun yang terjadi
Andai akhirnya terpaksa di pisahkan
Biar lah dipisahkan dengan senyuman
Agar menjadi ingatan
Selama-lamanya.......
-----------o------------
Nukilan Indah Dari Hati
Hadir tatkala mendengar alunan Anuar Zain
Mohd Faizal Hj Mat Salleh
27 April 2012
1.03 a.m







